Wednesday 15 February 2012

Cerita Tentang Maulidur Rasul

Baru-baru ni Tadika Kemas tempat anak saya belajar telah anjurkan program berarak sempena sambutan Maulidur Rasul. Ibu-bapa pun dijemput hadir. Pagi-pagi saya dah kejutkan abang untuk bangun. Dia memang semangat nak pergi sekolah sekolah hari tu sebab dia memang seronok bila saya sebut nak berarak walhal berarak tu dia tak paham apebende..he he..
Sampai kat sekolah dia pagi tu dah ramai ibu-bapa yang hadir. Kawan-kawan abang pun semunya dah berbaju melayu ..hensem belaka. Abangpun hensem jugak siap pakai songkok lagi. Tak lupa juga PDK, Permata Negara dan Pejabat Chini Timur 3 pun ada jugak. Orang lelaki kena pakai baju melayu dan bersampin yang perempuan dah tentula pakai baju kurungkan..Kami berarak dari Tadika Kemas sampaila ke Dewan Chini Timur 3,  dekat je. Tapi orang pejabat dan ketua-ketua blok berarak jauh skit dari pejabat ke Dewan adalah dalam 1 km jugak..sampai dewan je semua berkumpul dan ada ucapan skit dari YB dan ada sedikit ceramah dari sorang ustaz tu. Nama dia apa ntah dah lupa he he. Tapi saya tak tunggu lama pun sebab ustaz tu ceramah lama sangat dah naik boring saya dengar. Orang yang ada kat dewan tu dahla ramai kanak-kanak je dan orang kurang upaya tapi ustaz tu macam buat derk je bila bebudak dah boring buat bising. Memangla ceramah tu bagus tapi tengokla audiens dulu kan. Kalau ceramah setakat setengah jam tu takpela jugak. Ni nak dekat sejam tak abis2 lagi. Last sekali saya balik je sebab anak saya yang bongsu tu dah mengamuk nak tido..so tak sempatla saya makan-makan lepas tu. Ape pun Sambutan Maulidur rasul kali ni memang best...


Abang nampak hensem bersama kawan-kawan


Suasana di luar dewan


Kumpulan anak permata negara


Anak bongsu saya A'ala Alya Mawaddah


Saya dan anak-anak

Abang yang dah boring menuggu

Kumpulana Tadika Kemas Chini Timur 3


Perarakan Maulidur Rasul Chini Timur 3

Wednesday 25 January 2012

Oh My Belog..

Tetibe  je rasa hari ni rasa nak buka belog yang dah berkurun lamanya tak update. Dah bersawang lupenya blog saya ni. Rasanya dah berbulan-bulan saya tak update ape2 dalam blog ni. Takde idea la nak tulih ape. Takpela sempena tahun baru yang dah tak berapa baru ni saya nak wat entry tentang befday adik baru-baru ni. Al-kisahnya anak dara saya dah masuk umur 2 tahun. So sempena menyambut kelahirannya yang genap 2 tahun saya buatla satu majlis harijadi kecil-kecilan untuk dia. Semua adik beradik saya balik untuk menyambut harijadi anak dara saya tu. Atok ngan aki buat nasi minyak, saya belikan kek dan buatla makanan lain sikit-sikit. Untuk budak-budak yang datang saya sediakan goodies bag yang ada sedikit makanan ringan dan toys untuk diorang. Budak-budakkan suka kalau dapat bende2 macam tu. Tapi majlis harijadi tu rasa kurang meriah sikit sebab anak dara saya tu demam. Dah nak dekat seminggu dia tak makan nasi..asyik minum susu je. Alhamdulillah start semalam dia dah jamah makanan..demam dia pun dah makin kebah. Kat bawah ni ada a few gambar dia yang saya buat kenag-kenangan. Insyaalah kalau dipanjangkan umur dan murah rezeki tahun depan buleh befday untuk dia lagi..InsyAllah..

Kek Bufdey simanja

Bufdey Girl
Hadiah Simanja..

Thursday 4 August 2011

Hari Befday Si Sayang..

Hari ni aku nak cerita tentag sambutan befday anakanda tercinta yang ada aku buat bulan lepas...nak dekat sebulan harijadi baru  nak masuk entri..takpela, aku tak ada idea nak cerita ape. lagipun blog ni pun dah bersawang dah lame bebeno aku tak menulis..berbalik pada cerita befday anak aku tu, majlis hari jadi yang aku buat pada 16/07/2011. sempena harijadinya yang ke 3 tahun. Aku tak cerita pada dia yang aku nak buat harijadi untuk dia,,tapi dia tahu yang aku ada beli kek..bayangkanla dari kedai kek nak sampai ke rumah dia dah nak mengamuk2 nak makan kek..nasib baik aku belikan dia cup cake, so bolehla dia diam kejap makan cup cake tu. Sampai je kat rumah aku suruh dia mandi n pakai baju cantik2. sementara dia mandi tu dan la juga aku prepare ape yang patut. dah siap mandi aku ajak dia duk depan beranda rumah n buat suprise kat dia. mula-mula dia terkejut jugak tapi lepas tu senyum je memanjang tengok kengkawan  dah ada dan kek yang dia tgk tadi dia boleh makan hu hu..anak2 macam tu la..aku tak sediakan hadiah yang istimewa pun kat dia cuma aku sentiasa doakan semoga anak2 aku jadi anak yang soleh dan solehah hendaknya...
malam tu pulak, sempena harijadi anak aku ada aku buat tahlil dan doa kesyukuran sikit untuk arwah suami. semoga anak aku sentiada dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,..tak lupa juga untuk arwah suami semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh...













Monday 27 June 2011

KERETA OH KERETA KENAPA KAU ROSAK...

hari ni datang kerja dengan kereta buruk ayah jer, kesian pada ayah kena ambil dan hantar aku pergi kerja. Kereta ayah aku tu jenis manual, so aku memang tak pandai bawak. Kalau kereta jenis auto je aku boleh bawak..hu hu tak tahula kenapa...aku dah tak ingat macam mana nak bawak kereta manual. Masa test kereta dulu pandai jugak bawak, tapi masa beli kereta aku terus beli yang auto jer dan tak pernah bawak kereta manual  dan akhirnya jadila macam sekarang..tak pandai bawak kereta manual. Kereta aku tu alkisahnya rosak belting. Aku tak sedar belting kereta aku tu dah haus rupanya,,,dah nak terputus pun..so terpaksala kena masuk worksop. Tapi tu la tak tahu lagi bila nak siap. Mintak-mintaklah cepat siap, susah betul takde kereta nak pergi sana sini pun susah. Aku ni naik motor tak pandai, kereta je satu-satunya transport yang aku pandai bawak. Tu pun kereta aoto kalau manual jawabnya masukla dalam parit..hu hu...Niat di hati nak jugak tukar kereta lepas abis interest bank....maybe nak ambil kereta yang kecik2 jer macam myvi atau viva. Kereta aku sekarang ni bukannnya tak ok tapi time bila nak parking alahai susahnya...nak wat camne drivernye kecik sangat hu hu..Tapi tak tahula tahun bile boleh tukar..Anak-anak pun kecik lagi banyak bende yang perlu didahulukan berbanding untuk aku sendiri. hmmm takpela ada rezeki bolehla tukar nanti kot..hu hu..Insyaalah... 


Gambar lame,kenangan dengan CBL..My beloved car..walaupun tak cantik macam tuannya, tapi sayang sangat2..

Tuesday 21 June 2011

SUKAREL AWAN GWGF,,MERCY dan PETROSAINS..

aku ni sejak dua menjak ni jatuh cinta pulak dengan kerja-kerja sukarelawan. Bukan ape, kekadang tu boring jugak tak ade aktiviti faedah yang boleh buat. Daripada tak ada kerja baikla aku libatkan diri dengan bende2 macam ni. Sometimes tu banyak bende yang boleh kita belajar bila involve dengan aktiviti yang macam ni. Boleh belajar tolong orang, pergi sana sini, buat kerja amal n macam-macam lagila. Sometimes tu kerja-kerja sukarelawan ni boleh dekatkan diri kita dengan masyarakat. Lagipun kerja-kerja sukarelawan ni memang bagus becoz kita boleh nampak peluang2 yang jarang kita boleh dapat. Buat masa sekarang ni aku dah involve dengan 3 NGO, first jadi sukarelawan GWGF, second sukarelawan MERCY dan yang ke tiga jadi sukarelawan Petrosains.Untuk sukarelawan GWGF ni..kebanyakan kerja yang kena buat melibatkan diri dengan FELDA dan masayarakat...sometimes kena jumpa dengan pengurus, buat aduan..amik gambar sana-sini. pergi perjumpaan dan lain2 lagila. Yang paling seronok ada elaun diberikan tiap2 bulan. Tak banyak mane tapi okla jugak... Untuk sukarelawan MERCY ni aku kena pergi kursus dulu, dalam bulan 8 ni aku akan di hantar kursus di Perak..so bila perkhidmatan aku diperlukan dia akan hantar kat mane2 tempat yang  diperlukan. Tapi yang MERCY ni aku pilih sukarelawan non medical..hu hu bukan ape aku ni jenis penakut sikit kalau ape2 yang terlibat dengan medical....mak aih mintak-mintakla dijauhkan..nak tengok darah pun dah pengsan dulu. hu hu ...penakut. Untuk Petrosains pulak aku akan involve dengan aktiviti sains dan fiksyen..nanti dia akan hantarkan aku di tempat petrosains yang terdekat. Kalau tempat aku yang terdekat di Kuantan..so nanti boleh tengok dinasour, tengok bulan..buat kerja2 dalam lab n macam2 lagila..memang best. tak sabar nak involvekan diri dengan aktiviti2 yang macam ni. Untuk jadi sukarelawan petrosains kena hantar resume dekat pusat petrosaians terdekat..kalau tak silap aku dalam laman web Yayasan Pahang ada iklan dia keluar. Tarikh tutup 30 HB ni. So kepada sesiapa yang berminat bolehLla try...



Kereta Sukarelawan GWGF dihanyutkan banjir

keadaan kereta setelah dijumpai


Pihak GWGF yang terdiri daripada Dato' Mat Hairi Ismail Pengarah Eksekutif GWGF memberi sumbangan gantian kereta kepada Sukarelawan GWGF Semanchu di Wisma SunwayMas, Shah Alam

Dinosaur di Petrosains

Pintu Masuk Petrosains..



Sukarelawan MERCY sedang bagi bantuan pada mangsa banjir

bantuan MERCY di pusat pemindahan banjir

KAD KAWEN dan...

Tadi masa tengah sibuk buat kerja,datangla seorang makcik jumpa aku..ingatkan nak langgan P1 lupanya nak suruh aku buat kat kawin anak dia. Dia bagi aku sample kad kawin yang anak dia dah buat. Aku tanyala makcik tu kenape tak guna je kad kahwin yang anak dia dah buat. Dia cakap tak cantik..hu hu aku tengok ok jer. Aku cakapla pada makcik tu aku tak pandai buat kad kawin. Kalau nak yang biasa2 bolehla aku buat. Dia cakap takpela janji aku boleh buat tu je..Aku cakapla okla, kalau macam tu esok makcik amik ye..kemudian makcik tu balik. Dalam hati aku alamak camno ni aku mane pandai buat kad kawin. Last aku buat pun 7 tahun lepas mase kakak aku kawin. Sekarang ni tak tahula boleh buat ke tak...hu hu gatai sungguh amik tempahan makcik tu. Sebelum buat aku surf dulu tenet tengok2 mane2 design yang boleh tiru. Selepas amik masa 2 jam akhirnya siapla kad kawin makcik tu..Part yang paling susah nak buat lokasi rumah pengantin. Bayangkanla kena guna paint..mak aih berserabut sekali aku wat lakaran. Lantakla janji siap hu hu....Masa surfing tenet aku terjumpa satu kata-kata hadis Rasulullah yang mungkin kita dah lupa. "kahwinilah wanita itu berdasarkan 4 perkara iaitu kerana kecantikannya, kerana kekayaannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihla yang beragama, maka kamu akan bahagia"..tapi aku tengok zaman sekarang ni kebanyakan lelaki memang tak pandang apa yang di sebut rasullullah..yang paling penting pilihan di hati mesti yang cantik, yang lawo yang seksi meksi hu hu dan sewaktu dengannya..ape2pun mesti nak yang cantik..kenape ye..aku cukup2 tak berkenan kalau terjumpa orang yang jenis macam ni..becoz bagi aku jangan menilai seorang perempuan dengan kecantikan luaran..cantik yang diluar tak bermakna ape2..yang penting carila yang cantik di hati...baru bahagia..tapi tak boleh nak kata jugak. Oraang perempuan zaman sekarang ni pun susah nak cari yang cantik perangai dan cantik segala-galanya...aku?..huh dahla tak cantik perangai,,zahirnya pun tak cantik...hu hu.tak ade ape yang cantik pown..kesian sungguh aku ni...takpe yang penting same2 kita berusaha untuk menjadi TERCANTIK di mata PENCIPTANYA.....


PAGE DEPAN

PAGE DALAM

KAD ANAK MAKCIK TU BUAT
BAHAGIAN DALAM

Sunday 19 June 2011

MISTIK PERGILA DIKAU ...

baru-baru ni semasa aku tengah ikut progam GWGF di Trolak, aku received satu sms dari adik aku " mak tak sihat. Sakit macam dulu2. Sekarang tengah tolak ke Kelantan nak berubat". Lepas dapat sms tu aku terus tipon adik aku tanya tetang mak aku. So daripada cerita adik barula aku tahu rupa-rupanyan penyakit 'pelik' mak aku berulang kembali. Penyakit pelik mak aku ni rasanya dah lama tak datang seingat-ingat aku dah nak hampir dua tahun takde. Tup-tup ada pulak datang menyerang. Sebenarnya mak aku ni ada satu penyakit yang amat misteri dan agak mistik sedikit. Sometimes dia akan marah-marah macam kena rasuk pada semua orang, sometimes dia boleh menangis tiba-tiba dan meraung2..kami adik beradik memang takut sangat bila penyakit pelik dia ni datang. Dah macam-macam bomoh kami rujuk tapi nampaknya tak jugak hilang2 penyakit dia ni. Yang misterinya bila penyakit dia tu datang dan bila mak aku dah ok dia tak akan ingat apa yang dah berlaku pada dia. Seolah-olah masa dia tengah marah-marah dan meraung2 tu dia tak ingat sikit pun apa yang dah terjadi. Dulu-dulu mak aku ok jer..tak pernah ada penyakit pelik2 macam ni. Cuma sejak dua tiga tahun ni jer mak aku agak berubah sedikit. Rasanya bukan sedikit perubahan yang kami tengok pada dia..banyak sangat2 yang dia berubah dan jauh sekali berbeza dengan mak kami yang dahulu. Tapi semuanya kami terima dengan redha dan anggap semua ketentuan adalah ujian dariNYA. Yang paling penting biarla semuanya akan berakhir.....dan aku nak tengok mak aku sentiasa  dan ceria-ceria macam dulu-dulu...AMIN..



MAK N AYAH..LOVE U SO MUCH..

Followers

About Me