Monday 13 June 2011

CERITA TENTANG HATI..

hati manusia memang susah didugakan..kadang2 luaran kita nampak seseorang tu baik. tapi hatinya busuk2 sangat.. sometimes pulak kita tgk seseorang tu mak aih ganas giler dah tak de lawo mane pun tapi hatinya baik sangat...hu hu itula istimewanya hati..kadang2 boleh jadi lembut, kadang2 boleh jadi keras, kadang2 boleh busuk, kadang2 boleh jadi bersih, suci  dan macam-macam lagila. Soalnya, hati aku ni macam mane ye..hu hu entahla aku pun tak tahu nak cakap macam mane. Aku pun tak pandai menilai diri aku sendiri macam mane...cuma yang pasti bile aku tak mampu nak menzahirkan dengan kata-kata..hati aku pasti berkata-kata dan bersuara..sayangnya tak ada siapa yang boleh dengar melainkan aku sendiri sahaja yang tahu...hurmm istimewanya hatikan....dan yang pasti hati seseorang bukan mudah untuk kita miliki kerana...entahla cuma hati sahaja yang tahu

SEKADAR UNTUK RENUNGAN BAGI MENILAI TENTANG HATI...


Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.






IBU TERSAYANG..SEMBUHLA DIKAU

baru-baru ni ibu tercinta sakit urat..kesian dia nak dekat 2 minggu tak boleh jalan. Kalau nak jalan kena papah dek orang baru boleh bergerak. Masalahnya mak aku ni memang jenis takut dengan doktor..asal sebut je nak jumpa doktor mesti pelbagai alasan yang dia bagi. Hu hu biasalah orang tua..macamla doktor tu nak makan dia hu hu. Last2 sekali lepas semua adik beradik pujuk.. dia nak jugak jumpa doktor. Lepas doktor buat chekup rupa-rupanya urat di kakai ibu aku tu mengembang dan darah di bahagian kaki tak dapat nak jalan. So sebab tu la dia rasa sakit..Kalau keadaan ibu aku tu makin teruk hajat di hati nak pakat adik beradik bawak dia jumpa pakar jer. Tapi tu la masalahnya..bukan nak jumpa doktor nak makan ubat pun susah ibu aku sowang ni..hu hu..sebab tu la menurun kat cucu dia jugak susah makan ubat..hurmm. Harap-harap cepat2la ibu aku sembuh kesian tengok orang yang kita sayang menderita..kalau boleh biarla sakit dapat pada aku pun takpe asalkan dia sihat2 jer hendaknya...Sayang  HAPSSAH BINTI ISMAIL U ARE MY GREAT MOTHER walaupun suka membebel..he he



MY BELOVED MOTHER AND SISTER..

Followers

About Me