Thursday 4 August 2011

Hari Befday Si Sayang..

Hari ni aku nak cerita tentag sambutan befday anakanda tercinta yang ada aku buat bulan lepas...nak dekat sebulan harijadi baru  nak masuk entri..takpela, aku tak ada idea nak cerita ape. lagipun blog ni pun dah bersawang dah lame bebeno aku tak menulis..berbalik pada cerita befday anak aku tu, majlis hari jadi yang aku buat pada 16/07/2011. sempena harijadinya yang ke 3 tahun. Aku tak cerita pada dia yang aku nak buat harijadi untuk dia,,tapi dia tahu yang aku ada beli kek..bayangkanla dari kedai kek nak sampai ke rumah dia dah nak mengamuk2 nak makan kek..nasib baik aku belikan dia cup cake, so bolehla dia diam kejap makan cup cake tu. Sampai je kat rumah aku suruh dia mandi n pakai baju cantik2. sementara dia mandi tu dan la juga aku prepare ape yang patut. dah siap mandi aku ajak dia duk depan beranda rumah n buat suprise kat dia. mula-mula dia terkejut jugak tapi lepas tu senyum je memanjang tengok kengkawan  dah ada dan kek yang dia tgk tadi dia boleh makan hu hu..anak2 macam tu la..aku tak sediakan hadiah yang istimewa pun kat dia cuma aku sentiasa doakan semoga anak2 aku jadi anak yang soleh dan solehah hendaknya...
malam tu pulak, sempena harijadi anak aku ada aku buat tahlil dan doa kesyukuran sikit untuk arwah suami. semoga anak aku sentiada dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,..tak lupa juga untuk arwah suami semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh...













Followers

About Me