Wednesday 4 May 2011

PERKESO OH PERKESO

semalam semasa aku tengah sibuk membeli belah aku terima satu panggilan dari pihak perkeso. Nama pegawai perkeso tu Puan Siti. Terkejut la jugak aku becoz tak expect la pulak dapat panggilan dari perkeso. Puan siti tu cakap yang permohonan tuntutan perkeso untuk arwah suami tengah dalam proses dan dia minta kerjasama aku untuk di soal siasat oleh pihak Perkeso. So aku cakap ok jer..takde masalah. So Puan Siti tu cakap kalau tak ada masalah dalam minggu depan dia akan datang rumah aku untuk lawatan dan buat siasatan sikit. So aku cakap je la takde hal..boleh datang jer..hmmm..dalam hati aku oh diaorang datang buat siasatan datang rumah jugak ke..leceh jugak ek nak buat tuntutan ni..tapi oklah at least perkembangan tuntutan perkeso tu dalam progrees..alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku. Tak silap aku untuk kes macam arwah suami aku ni dia akan bagi elaun penakat..elaun penakat ni akan di bagi pada waris si mati sehingga 90 % dari gaji akhir si mati. Untuk balu atau bekas isteri dia akan bagi sehingga akhir hayat manakala untuk anak-anak dia akan bagi sehingga umur 21 tahun. Entahla aku pun tak sure sangat, tu pun aku surf internet jer..Ape-pun pun penantian kedatangan Puan Siti penuh debaran..suspen sungguh tak tahula apa dia nak tanya nanti..Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Perkeso ni jom tengok video di bawah

PERKESO BERSAMA ANDA








Followers

About Me