Wednesday 15 February 2012

Cerita Tentang Maulidur Rasul

Baru-baru ni Tadika Kemas tempat anak saya belajar telah anjurkan program berarak sempena sambutan Maulidur Rasul. Ibu-bapa pun dijemput hadir. Pagi-pagi saya dah kejutkan abang untuk bangun. Dia memang semangat nak pergi sekolah sekolah hari tu sebab dia memang seronok bila saya sebut nak berarak walhal berarak tu dia tak paham apebende..he he..
Sampai kat sekolah dia pagi tu dah ramai ibu-bapa yang hadir. Kawan-kawan abang pun semunya dah berbaju melayu ..hensem belaka. Abangpun hensem jugak siap pakai songkok lagi. Tak lupa juga PDK, Permata Negara dan Pejabat Chini Timur 3 pun ada jugak. Orang lelaki kena pakai baju melayu dan bersampin yang perempuan dah tentula pakai baju kurungkan..Kami berarak dari Tadika Kemas sampaila ke Dewan Chini Timur 3,  dekat je. Tapi orang pejabat dan ketua-ketua blok berarak jauh skit dari pejabat ke Dewan adalah dalam 1 km jugak..sampai dewan je semua berkumpul dan ada ucapan skit dari YB dan ada sedikit ceramah dari sorang ustaz tu. Nama dia apa ntah dah lupa he he. Tapi saya tak tunggu lama pun sebab ustaz tu ceramah lama sangat dah naik boring saya dengar. Orang yang ada kat dewan tu dahla ramai kanak-kanak je dan orang kurang upaya tapi ustaz tu macam buat derk je bila bebudak dah boring buat bising. Memangla ceramah tu bagus tapi tengokla audiens dulu kan. Kalau ceramah setakat setengah jam tu takpela jugak. Ni nak dekat sejam tak abis2 lagi. Last sekali saya balik je sebab anak saya yang bongsu tu dah mengamuk nak tido..so tak sempatla saya makan-makan lepas tu. Ape pun Sambutan Maulidur rasul kali ni memang best...


Abang nampak hensem bersama kawan-kawan


Suasana di luar dewan


Kumpulan anak permata negara


Anak bongsu saya A'ala Alya Mawaddah


Saya dan anak-anak

Abang yang dah boring menuggu

Kumpulana Tadika Kemas Chini Timur 3


Perarakan Maulidur Rasul Chini Timur 3

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me