Monday 27 June 2011

KERETA OH KERETA KENAPA KAU ROSAK...

hari ni datang kerja dengan kereta buruk ayah jer, kesian pada ayah kena ambil dan hantar aku pergi kerja. Kereta ayah aku tu jenis manual, so aku memang tak pandai bawak. Kalau kereta jenis auto je aku boleh bawak..hu hu tak tahula kenapa...aku dah tak ingat macam mana nak bawak kereta manual. Masa test kereta dulu pandai jugak bawak, tapi masa beli kereta aku terus beli yang auto jer dan tak pernah bawak kereta manual  dan akhirnya jadila macam sekarang..tak pandai bawak kereta manual. Kereta aku tu alkisahnya rosak belting. Aku tak sedar belting kereta aku tu dah haus rupanya,,,dah nak terputus pun..so terpaksala kena masuk worksop. Tapi tu la tak tahu lagi bila nak siap. Mintak-mintaklah cepat siap, susah betul takde kereta nak pergi sana sini pun susah. Aku ni naik motor tak pandai, kereta je satu-satunya transport yang aku pandai bawak. Tu pun kereta aoto kalau manual jawabnya masukla dalam parit..hu hu...Niat di hati nak jugak tukar kereta lepas abis interest bank....maybe nak ambil kereta yang kecik2 jer macam myvi atau viva. Kereta aku sekarang ni bukannnya tak ok tapi time bila nak parking alahai susahnya...nak wat camne drivernye kecik sangat hu hu..Tapi tak tahula tahun bile boleh tukar..Anak-anak pun kecik lagi banyak bende yang perlu didahulukan berbanding untuk aku sendiri. hmmm takpela ada rezeki bolehla tukar nanti kot..hu hu..Insyaalah... 


Gambar lame,kenangan dengan CBL..My beloved car..walaupun tak cantik macam tuannya, tapi sayang sangat2..

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me