Sunday 19 June 2011

MISTIK PERGILA DIKAU ...

baru-baru ni semasa aku tengah ikut progam GWGF di Trolak, aku received satu sms dari adik aku " mak tak sihat. Sakit macam dulu2. Sekarang tengah tolak ke Kelantan nak berubat". Lepas dapat sms tu aku terus tipon adik aku tanya tetang mak aku. So daripada cerita adik barula aku tahu rupa-rupanyan penyakit 'pelik' mak aku berulang kembali. Penyakit pelik mak aku ni rasanya dah lama tak datang seingat-ingat aku dah nak hampir dua tahun takde. Tup-tup ada pulak datang menyerang. Sebenarnya mak aku ni ada satu penyakit yang amat misteri dan agak mistik sedikit. Sometimes dia akan marah-marah macam kena rasuk pada semua orang, sometimes dia boleh menangis tiba-tiba dan meraung2..kami adik beradik memang takut sangat bila penyakit pelik dia ni datang. Dah macam-macam bomoh kami rujuk tapi nampaknya tak jugak hilang2 penyakit dia ni. Yang misterinya bila penyakit dia tu datang dan bila mak aku dah ok dia tak akan ingat apa yang dah berlaku pada dia. Seolah-olah masa dia tengah marah-marah dan meraung2 tu dia tak ingat sikit pun apa yang dah terjadi. Dulu-dulu mak aku ok jer..tak pernah ada penyakit pelik2 macam ni. Cuma sejak dua tiga tahun ni jer mak aku agak berubah sedikit. Rasanya bukan sedikit perubahan yang kami tengok pada dia..banyak sangat2 yang dia berubah dan jauh sekali berbeza dengan mak kami yang dahulu. Tapi semuanya kami terima dengan redha dan anggap semua ketentuan adalah ujian dariNYA. Yang paling penting biarla semuanya akan berakhir.....dan aku nak tengok mak aku sentiasa  dan ceria-ceria macam dulu-dulu...AMIN..



MAK N AYAH..LOVE U SO MUCH..

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me