Tuesday, 26 April 2011

ANAK-ANAK TERSAYANG

anak-anak aku ni pelik betul. sejak ayah dia pergi ni rasanya dah 3 kali demam dalam masa tak sampai sebulan..Pening kepala aku ngan bebudak ni. Time balik keje mesti merengek je sepanjang masa..suruh dukung. Bukan kena dukung sorang tapi dua-dua nak dukung. Ibunye manela larat...tapi demi anak-anak tercinta dukung jugakla si ibu ni ..sampai senget-senget bahu ni dukung bebudak tu..kesian anak2 ibu.  Mak aku cakap maybe bebudak tu demam rindukan ayah dia. Entahla, mungkin  betul jugak. Terutamanya adik, dia memang rapat ngan arwah ..ye la mungkin dia rindu tapi tak tahu nak cakap macam mane...dulu masa arwah ada time hujung minggu bolehla jugak bawak anak-anak pergi jalan-jalan. Sekarang ni pulak anak-anak banyak duduk rumah je...kesian..takpela maybe suatu hari nanti bila bebudak tu besar dia akan faham semuanya..apepun i will do all the best for mi kids..InsyaAllah..

GAMBAR ADIK MASA KECIK

NI PULAK TIME DAH BESO SETAHUN LEBIH JER

GAMBAR ABANG BILE DAH BESO



GAMBAR ABANG MASA KECIL


Online Shopping..

Hari ni ada sampai beberapa baju yang aku order melalui online. bile tengok dalam internet macam ok jer baju tu. Tapi bila sampai alahai..keciknyer..segan pulak nak pakai. Tapi ada jugak yang dalam internet nampak macam ok tapi bile sampai alahai tak muat la pulak..he he..kelakar pun ada geram pun ada..tapi nak wat macam mana dah terbeli..ape2 pun beli secara online ni memang best becoz kita tak perlu susah payah drive ke pasaraya untuk beli apa yang kita nak. just klik je depan komputer lepas tu tunggu je la barang sampai..so simple. Tapi macam pengalaman aku tu la..ada jugak yang kurengnya becoz sometimes apa yang kita tengok tu tak sama macam apa yang kita dapat..hu hu..(padan muka aku)..Anyway aku nampak online shopping ni memang bagus untuk orang yang busy dan takde masa untuk bershopping. Aku ni pulak takde la busy sangat cuma memang malas nak drive nak g ke sana kemari...jimat minyak katakan..

BAJU YANG AKU BELI ONLINE





Monday, 25 April 2011

KES ANWAR IBRAHIM..NO KOMEN..TAPI NAK KOMEN JUGAK

semalam dalam berita ada cakap DNA lelaki Y dah confirm sepadan dengan Dato' Anwar..dalam hati aku tak abis2 lagi ke cerita pasal ni...hmm confius jugak ek..kalau tengok dari segi luaran Dato' Anwar ni nampak macam baik tapi dalam berita pulak lain pulak ceritanya..tapi kalau ikut logik takkanlah Si Saiful Bukhari ni sanggup bersumpah laknat kalau dia betul2 tak bersalah dan yakin berada di pihak benar. Bersumpah dalam masjid dan atas nama Allah. Rasanya tak logik kalau Si Saiful Bukhari tak tahu kesan dan akibat dari perbuatannya..tapi kalau dia yakin benar yang dia tak bersalah dan berada di pihak yang benar rasanya memang patut dia buat macam tu sekurang-kurangnya dia dah beriktiar sehabis mungkin untuk menyatakan kebenaran..apa-pun Allah lebih mengetahui siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Kadang-kadang perwatakan dari segi luaran tidak boleh kita nilai siapa sebenarnya seseorang itu kan ..betul x...ape2 pun kita doakan semoga kebenaran akan terbukti juga suatu hari nanti...

GEMPAK

ADIK AKU NAK BERSALIN..

hari ni pagi2 dah kecoh kat rumah..kelam kabut di buatnya..adik aku sorang tu la. dia sekarang ni tgh menunggu hari je nak deliver. pagi2 dah tipon mak aku kata ada bleeding skit. mak aku tu pulak suka sangat kelam kabut. ape lagi kejap2 tipon adik,,kejap2 tipon adik aku..walhal umah adik aku ngan umah mak ayah aku tu bukannya jauh sangat pun  he he kelakar pun ada. sampai je kat umah terus ayah aku tipon mc kat sini suruh tolong chekup adik aku..bile mc chekup alahai baru 1cm..ek eleh lambat lagik..ha ha ..mc cakap kalau tak adal aral maybe petang ni atau malam karang baru adik aku rasa nak bersalin..tapi  tu la umah aku ngan kuantan tu jauh jugak kalau nak pergi sana. naik kete pun dalam sejam la baru sampai..ape2 pun ayah aku suggest standby je kat kuantan dulu..lepak2 duduk kat umah kakak dulu. kalau rasa dah nak bersalin baru pergi hospital..ye la kalau g awal2 sangat kat hospital susah jugak nanti kena masuk air la kena cucuk sana sini la..ish memang tak best..bila sebut pasal bersalin ni teringat pengalaman aku melahirkan putera dan puteri kesayangan aku tu..yang sulung tu memang susah sangat nak bersalin.. aku masuk hospital dalam pukul 8 malam, tapi bersalin kat dia pukul 8.30 pagi keesokannya..!,bayangkanla berapa lame aku sakit..bab sakit tu memang susah nak gambarkan macam mana. tapi apa yang boleh aku kata,,it is the most wonderful pain in the world!!! ha ha..memag sakit..tapi Allah tu maha berkuasa once bila kita tgk wajah anak kita terus rasa sakit tu hilang..memang syahdu sangat2..yang paling penting sokongan dan dorongan arwah suami semasa di labour room memang sangat2 membantu aku..pegangan tangan dia..kata2 semangat darinya semua2 tu membantu aku selamat melahirkan anak2 aku yang comel2  belaka..Ape2 pun yang paling penting Ingatan kita pada Allah SWT di saat kita berada di saat genting macam tu..becoz Dialah yang menentukan segala-galanya..sama ada selamat atau tidak..ape pun aku harap adik aku pun selamat melahirkan anak dia nanti nanti..tak sabar aku nak tengok anak sedara baru  he he...

AMALAN IBU MENGANDUNG


DURIAN OH DURIAN..

tadi masa balik tengah hari untuk makan di rumah..mak bercerita tentang anak sulung aku..abang, dia mengamuk nak makan durian..so terpaksala aki pergi ke chini untuk beli buah durian..daripada 7 biji durian yang dibeli..6 biji buah durian telah habis di makan ..mak aih banyak giler dia makan...anak aku tu sebenarnya tak berapa sihat  dua tiha hari ni..panas je badan tu..mujurla pagi tadi aku tak suap makan ubat..kalau tak ..memang tak boleh makan durian..anak aku sorang ni sebijik ikut selera aku..suka makan durian. masa kecik2 dulu memang aku suka makan durian..tapi bila dah besar ni kurang sikit..time ada makan jugak he he..tapi ada jugak orang tak suka makan durian kan?..ish..ish rugi betul kalau orang tak suka makan durian..best ape..sedap

KUCING MAKAN DURIAN HE HE..




FIRST ENTRY..AKU

SALAM semua...

ini merupakan post pertama aku untuk blog yang baru di cipta. actually aku ni takde la pandai sangat bab berblogging ni. tapi rasanya rugi pulak kalau takde blog becoz kerje macam aku ni memang mengadap komputer 24 jam. so rasanya banyak bende yang boleh share dan kongsi bila ada medium yang boleh kita berhubung dengan dunia luar..betul x?..untuk post pertama ini rasanya aku nak cerita tentang diri sendiri jer..aku a single mother yang ada 2 orang anak yang  masih kecil..title singgle mother ni rasanya berat sungguh nak diterima apabila kita tak mampu menerima di saat kita belum bersedia...tapi apakan daya suami yang tercinta telah dijemputNya 41 hari yang lalu...rasanya macam semalam jer kejadian berlaku..tapi hakikat tetap hakikat..kenyataan memang pahit tapi perlu terima jugak..alhamdulillah sekarang ni sedikit-sedikit semuanya dah back to normal...redha dengan ketentuaNya..yang paling penting amanat dan pesanan arwah untuk jaga putera dan puteri sentiasa tersemat di dalam hati...yang paling penting hidup ini perlu diteruskan jua.....

LAGU PENGUBAT RINDU


SALAM SAYANG,

Followers

About Me