hati manusia memang susah didugakan..kadang2 luaran kita nampak seseorang tu baik. tapi hatinya busuk2 sangat.. sometimes pulak kita tgk seseorang tu mak aih ganas giler dah tak de lawo mane pun tapi hatinya baik sangat...hu hu itula istimewanya hati..kadang2 boleh jadi lembut, kadang2 boleh jadi keras, kadang2 boleh busuk, kadang2 boleh jadi bersih, suci dan macam-macam lagila. Soalnya, hati aku ni macam mane ye..hu hu entahla aku pun tak tahu nak cakap macam mane. Aku pun tak pandai menilai diri aku sendiri macam mane...cuma yang pasti bile aku tak mampu nak menzahirkan dengan kata-kata..hati aku pasti berkata-kata dan bersuara..sayangnya tak ada siapa yang boleh dengar melainkan aku sendiri sahaja yang tahu...hurmm istimewanya hatikan....dan yang pasti hati seseorang bukan mudah untuk kita miliki kerana...entahla cuma hati sahaja yang tahu
SEKADAR UNTUK RENUNGAN BAGI MENILAI TENTANG HATI...
Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
Monday, 13 June 2011
IBU TERSAYANG..SEMBUHLA DIKAU
baru-baru ni ibu tercinta sakit urat..kesian dia nak dekat 2 minggu tak boleh jalan. Kalau nak jalan kena papah dek orang baru boleh bergerak. Masalahnya mak aku ni memang jenis takut dengan doktor..asal sebut je nak jumpa doktor mesti pelbagai alasan yang dia bagi. Hu hu biasalah orang tua..macamla doktor tu nak makan dia hu hu. Last2 sekali lepas semua adik beradik pujuk.. dia nak jugak jumpa doktor. Lepas doktor buat chekup rupa-rupanya urat di kakai ibu aku tu mengembang dan darah di bahagian kaki tak dapat nak jalan. So sebab tu la dia rasa sakit..Kalau keadaan ibu aku tu makin teruk hajat di hati nak pakat adik beradik bawak dia jumpa pakar jer. Tapi tu la masalahnya..bukan nak jumpa doktor nak makan ubat pun susah ibu aku sowang ni..hu hu..sebab tu la menurun kat cucu dia jugak susah makan ubat..hurmm. Harap-harap cepat2la ibu aku sembuh kesian tengok orang yang kita sayang menderita..kalau boleh biarla sakit dapat pada aku pun takpe asalkan dia sihat2 jer hendaknya...Sayang HAPSSAH BINTI ISMAIL U ARE MY GREAT MOTHER walaupun suka membebel..he he
MY BELOVED MOTHER AND SISTER..
Wednesday, 8 June 2011
CERITA TENTANGSI MANJA TERSAYANG
Hari hi hari rabu, rasanya dah lama aku tak post entri dalam blog ni..bukan ape kekadang tu sibuk,kekadng tu tak ada idea nak tulis ape..hu hu. Hari ni aku nak cerita tentang anak aku yang bongsu tu. Kesian dia baru-baru ni dia tersembam gigi dia patah. So adalah nak dekat seminggu jugak dia tak lalu nak makan sebab gigi sakit. Air liur asyik menitik jer kesian sangat tgk dia, biasa-biasanya dia memang kuat makan tapi bila gigi dia sakit ni tak selera dia nak makan..harapkan susu jer..tadi dah bawak dia pergi klinik doktor suruh jumpa doktor gigi esok. hurmm aku tak tahulah kalau jumpa doktor esok macam mane anak aku sowang ni. Nak makan ubat pun kena pegang kaki ngan tangan kalau tak jangan harap nak lepas masuk mulut dia...hu hu. Harap-harap esok dia tak buah hal kalau tak tak tahula nak cakap macam mane.
.
GAMBAR-GAMBAR ADIK DARI KECIL SAMPAI KE BESAR..
.
Tuesday, 24 May 2011
CERITA SUKA-SUKA
hmm dah lama rasanya tak update blog ni. rasanya dah nak dekat 2 minggu tak update. Bukan tak nak update tapi banyak bende betul nak buat sejak kebelakangna ni sampai tak ada masa nak tulis dalam blog. Dalam minggu ni rasa free skit so bolehla nak coret-ceret sikit. Minggu lepas time cuti wesak aku ada bawak anak teruna kesayangan dan 2 orang adik aku pergi tengok wayang. Masa tu cerita kongsi. anak teruna aku ni tak pernah tengok wayang. so itula first time dia tengok tv besau. masa dalam kereta aku dah cakap kat dia nanti ibu nak bawak abang tengok tv besau tau. dia angguk jer and daripada reaksi muka dia tu aku tahu dia tak sabar2 nak tengok tv besau yang aku cakap tu. Masa dalam panggung tu aku tengok dia asyik pegang jer tangan aku tak nak lepas2..aku tahu anak aku ni jenis penakut sikit. almaklumla dalam wayangkan gelap he he he..lame jugak dia pegang tangan aku, bila cerita tengah running aku tengok dia pelan2 lepas tangan aku..mulut terlopong jer tengok tv besau, tangan satu lagi pegang popcorn..hmm dah berani la tu..he he. lepas tengok wayang aku ajak dia main dekat playgroud berbayar. seronok jer tengok dia seronok..dah lama rasanyab tak bawak anak2 jalan2. Adik ala, anak bongsu aku tak dapat ikut hari tu sebab tak sihat, demam..so terpaksala tinggalkan dia dengan pengasuh. Kesian jugak tapi nak buat macam mana memang dah tak boleh nak bawak..apepun aku rasa happy sesangat becoz dapat spent special time dengan anak kesayangan...
Tuesday, 10 May 2011
CURRIER YANG PALING HAMPEH
Minggu lepas aku ada order satu kek lapis sarawak secara online dalam 1 website. Total harga dalam RM 40 termasuk postage. Lepas tu empunya website tu bagitahu dalam masa 2 hari order aku akan sampai. So aku tunggu la.masuk hari yang ke 4...tak sampai-sampai jugak. So aku tiponla kakak tu bagitahu kek aku tak sampai lagi. So dia cakap dia dah hantar dan siap bagi track id kat aku lagi. So aku pun tunggu la lagi..masuk hari ke 6 tak jugak sampai2 kek aku. So aku tiponla kakak tu kata kek aku tak sampai2 lagi. Dia cakap nanti dia check dengan Nationwide courier..chek punya chek dia cakap kek aku stuck dekat Kuantan coz dia tak boleh courier kat Chini..so aku pun kata takpela nanti aku gi Kuantan jer amik..sampai je kat Kuantan, aku tengok opis dia tutup. Ok, takpela..maybe esok bukak kot..so aku stay la kat umah kakak aku..esok masa aku nak amik alih2 aku dapat call dari courier Nationwide Terengganu katanya, kek aku ada kat Terengganu sekarang ni..aik pening aku, dari track id kek aku kat Kuantan,..tiba-tiba orang tu tipon cakap kek aku kat Terengganu confius aku..Nationwide Terengganu tu ada tanya nama aku Norhidayah ker..aku cakap bukan nama aku lain..aku mention la nama ku..dia cakap nama kat percel tu Norhidayah tapi no tipon no aku..so aku pun bagitahu la jugak pada orang tu yang aku memang ada order kek sarawak..tapi nama tu bukan aku..so orang Nationwide courier tu cakap takpela nanti dia chek..aku pun bengang la jugak..ape ni bayar dah bayar..masuk hari yang ke 7 kek tak sampai2 lagi..baik tak payah nak guna courier kalau servis macam ni..kalau hantar by pos biasa pun dah lame sampai. Dengan orang yang hantar kek tu pun nak marah jugak..yang tersalah tulis nama aku kenapa...ish memang geram giler. So aku pun tiponla kakak kek tu.. aku pun cerita la tentang panggilan yang aku terima dari Nationwide Terengganu..kakak tu mintak maafl bebanyak pada aku becoz jadi macam tu,..so dia cakap pada aku takpe nanti dia check semula. So chek punya chek confirm kek aku ada kat Kuantan bukan kat Terengganu cuma parcel Norhidayah tu tertulis no tipon aku..lso aku egala jugak..tapi hari yang 8 dah kek tak sampai2..adoi..rasa menyesal giler order ngan kakak tu. So aku tiponla kakak tu cakap,,aku bagi dia last day esok jer..kalau kek aku tak sampai jugak mintak di refund duit aku balik..Tapi mujurla petang tu aku dapat panggilan dari agen kurier kata kek aku dah sampai Chini cuma dia sesat tak tahu nak cari umah aku..Huh bengangla jugak kena gi Chini amik kek aku..Sampai kat Chini aku tanyala agen courier tu apasal servis Nationwide ni teruk sangat..Pak Cik tu boleh cakap..barang yang ada kat pakcik ni banyak sangat nak hantar tu yang lambat tu..alahai pakcik..kalau lambat sikit2 takpe ni nak masuk 2 minggu..hmmm..nak marah lebih2 pun kesian jugak kat pakcik tu..balik umah rasala kek sarawak tu..kalau sedap takpe..hampeh..anak aku siap cakap lagik..kenapa ibu beli kek ni..tak sedap..abang takmola....kek oh kek adventures sungguh nak balik ko..

RESEPI KEK SARAWAK..
Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )
- BAHAN A (dalam kek)
- 5 biji kuning telur
- 3 biji putih telur
- 150 gram gula kastor
- 100 gram tepung hong kong
- 1 sudu makan ovelet
- BAHAN B (dalam kek)
- 200 gram mentega/butter
- 3 sudu makan susu pekat
- BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
- 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
- 190 gram tepung hong kong
- 150 gram gula kastor
- 1 sudu makan ovelet
- 250 gram butter/mentega (cairkan)
- 50 ml susu cair
Cara-cara
- CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
- Pukul Bahan B hingga sebati.
- Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
- Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
- Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
- CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
- Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
- Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
- Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
- GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci
Sunday, 8 May 2011
EMAS OH EMAS KENAPALA KAU MAHAL..
Semalam semasa bawak anak-anak jalan di Kuantan sempatla jugak aku menyinggah di kedai emas untuk beli rantai pada anak dara tercinta aku. Budget tak banyak mana pun dalam 2 ribu jer. Aku tanyalah tauke kedai tu emas sekarang ni harga berapa. Dia cakap harga 1 gram RM 150. Mak aih terkejut aku,..baru 2 minggu lepas aku tanya Baru RM 138..cepatnyela naik harga..pilih punya pilih adala 1 rantai tu yang comel untuk anak dara aku, berat dalam 12 gram. Total harga RM 2100..tawar punya tawar dapatla RM 2000..hmmm puas hati dapat beli sesuatu untuk anak tersayang..bagi aku pelaburan emas ni sesuatu yang menguntungkan becoz harga emas ni memang sentiasa naik. So kalau beli tu memang tak rugi..becoz apa yang kita beli sekarang ni harga akan berlipat kali ganda untuk setahun dua akan datang...untuk anak dara aku tu walaupun pemberian dari aku tak seberapa at least ada jugak sesuatu untuk dirinya..insyaalah kalau murah rezeki aku nak beli gelang atau rantai besar untuk ibu tersayang dan untuk anak dara aku tu..tapi tak tahulah bile..insyaalah..mudah-mudahan Allah murahkan rezeki..Amin.
HARI IBU DAN CERITA BERHUJUNG MINGGU
Semalam kita menyambut hari ibu..rasanya bangga sungguh dapat title ibu..bukan mudah untuk dapat title ibu..becoz hanya seorang perempuan yang mampu menggadaikan nyawa demi untuk melahirkan seorang anak sahaja selayaknya dianugerahkan title ibu..dulu masa kecik aku tak paham kenapala ibu suka sangat membebal..larang itu larang ini..tapi sekarang ni bila aku sendiri dah bergelar ibu semuanya tu aku faham dan mengerti..thanks ibu tercinta HAPSSAH BINTI ISMIAL..love u so much...kalau tidak kerana bebelan ibu tercinta tidak mungkin aku jadi seperti sekarang...kalau nak dirungkai satu persatu pengorbanan seorang ibu rasanya tak terucap dengan kata-kata dan tak tertulis dek pena..besarnya pengorbananmu duhai ibu..
BUATMU IBU
BUATMU IBU
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
About Me
- empunya blog
- EVERYTHING IS HERE...






