Wednesday, 8 June 2011

CERITA TENTANGSI MANJA TERSAYANG

Hari hi hari rabu, rasanya dah lama aku tak post entri dalam blog ni..bukan ape kekadang tu sibuk,kekadng tu tak ada idea nak tulis ape..hu hu. Hari ni aku nak cerita tentang anak aku yang bongsu tu. Kesian dia baru-baru ni dia tersembam gigi dia patah. So adalah nak dekat seminggu jugak dia tak lalu nak makan sebab gigi sakit. Air liur asyik menitik jer kesian sangat tgk dia, biasa-biasanya dia memang kuat makan tapi bila gigi dia sakit ni tak selera dia nak makan..harapkan susu jer..tadi dah bawak dia pergi klinik doktor suruh jumpa doktor gigi esok. hurmm aku tak tahulah kalau jumpa doktor esok macam mane anak aku sowang ni. Nak makan ubat pun kena pegang kaki ngan tangan kalau tak jangan harap nak lepas masuk mulut dia...hu hu. Harap-harap esok dia tak buah hal kalau tak tak tahula nak cakap macam mane.

GAMBAR-GAMBAR ADIK DARI KECIL SAMPAI KE BESAR..





.

Tuesday, 24 May 2011

CERITA SUKA-SUKA

hmm dah lama rasanya tak update blog ni. rasanya dah nak dekat 2 minggu tak update. Bukan tak nak update tapi banyak bende betul nak buat sejak kebelakangna ni sampai tak ada masa nak tulis dalam blog. Dalam minggu ni rasa free skit so bolehla nak coret-ceret sikit. Minggu lepas time cuti wesak aku ada bawak anak teruna kesayangan dan 2 orang adik aku pergi tengok wayang. Masa tu cerita kongsi. anak teruna aku ni tak pernah tengok wayang. so itula first time dia tengok tv besau. masa dalam kereta aku dah cakap kat dia nanti ibu nak bawak abang tengok tv besau tau. dia angguk jer and daripada reaksi muka dia tu aku tahu dia tak sabar2 nak tengok tv besau yang aku cakap tu. Masa dalam panggung tu aku tengok dia asyik pegang jer tangan aku tak nak lepas2..aku tahu anak aku ni jenis penakut sikit. almaklumla dalam wayangkan gelap he he he..lame jugak dia pegang tangan aku, bila cerita tengah running aku tengok dia pelan2 lepas tangan aku..mulut terlopong jer tengok tv besau, tangan satu lagi pegang popcorn..hmm  dah berani la tu..he he. lepas tengok wayang aku ajak dia main dekat playgroud  berbayar. seronok jer tengok dia seronok..dah lama rasanyab tak bawak anak2 jalan2. Adik ala, anak bongsu aku tak dapat ikut hari tu sebab tak sihat, demam..so terpaksala tinggalkan dia dengan pengasuh. Kesian jugak tapi nak buat macam mana memang dah tak boleh nak bawak..apepun aku rasa happy sesangat becoz dapat spent special time dengan anak kesayangan...

Tuesday, 10 May 2011

CURRIER YANG PALING HAMPEH

Minggu lepas aku ada order satu kek lapis sarawak  secara online dalam 1 website. Total harga dalam RM 40 termasuk postage. Lepas tu empunya website tu bagitahu dalam masa 2 hari order aku akan sampai. So aku tunggu la.masuk hari yang ke 4...tak sampai-sampai jugak. So aku tiponla kakak tu bagitahu kek aku tak sampai lagi. So dia cakap dia dah hantar dan siap bagi track id kat aku lagi. So aku pun tunggu la lagi..masuk hari ke 6 tak jugak sampai2 kek aku. So aku tiponla kakak tu kata kek aku tak sampai2 lagi. Dia cakap nanti dia check dengan Nationwide courier..chek punya chek dia cakap kek aku stuck dekat Kuantan coz dia tak boleh courier kat Chini..so aku pun kata takpela nanti aku gi Kuantan jer amik..sampai je kat Kuantan, aku tengok opis dia tutup. Ok, takpela..maybe esok bukak kot..so aku stay la kat umah kakak aku..esok masa aku nak amik alih2 aku dapat call dari courier Nationwide Terengganu katanya, kek aku ada kat Terengganu sekarang ni..aik pening aku, dari track id  kek aku kat Kuantan,..tiba-tiba orang tu tipon cakap kek aku kat Terengganu confius aku..Nationwide Terengganu tu ada tanya nama aku Norhidayah ker..aku cakap bukan nama aku lain..aku mention la nama ku..dia cakap nama kat percel tu Norhidayah tapi no tipon no aku..so aku pun bagitahu la jugak pada orang tu yang aku memang ada order kek sarawak..tapi nama tu bukan aku..so orang Nationwide courier tu cakap takpela nanti dia chek..aku pun bengang la jugak..ape ni bayar dah bayar..masuk hari yang ke 7 kek tak sampai2 lagi..baik tak payah nak guna courier kalau servis macam ni..kalau hantar by pos biasa pun dah lame sampai. Dengan orang yang hantar kek tu pun nak marah jugak..yang tersalah tulis nama aku kenapa...ish  memang geram giler. So aku pun tiponla kakak kek tu.. aku pun cerita la tentang panggilan yang aku terima dari Nationwide Terengganu..kakak tu mintak maafl bebanyak pada aku becoz jadi macam tu,..so dia cakap pada aku takpe nanti dia check semula. So chek punya chek confirm kek aku ada kat Kuantan bukan kat Terengganu cuma parcel Norhidayah tu tertulis no tipon aku..lso aku egala jugak..tapi hari yang 8 dah kek tak sampai2..adoi..rasa menyesal giler order ngan kakak tu. So aku tiponla kakak tu cakap,,aku bagi dia last day esok jer..kalau kek aku tak sampai jugak mintak di refund duit aku balik..Tapi mujurla petang tu aku dapat panggilan dari agen kurier kata kek aku dah sampai Chini cuma dia sesat tak tahu nak cari umah aku..Huh bengangla jugak kena gi Chini amik kek aku..Sampai kat Chini aku tanyala agen courier tu apasal servis Nationwide ni teruk sangat..Pak Cik tu boleh cakap..barang yang ada kat pakcik ni banyak sangat nak hantar tu yang lambat tu..alahai pakcik..kalau lambat sikit2 takpe ni nak masuk 2 minggu..hmmm..nak marah lebih2 pun kesian jugak kat pakcik tu..balik umah rasala kek sarawak tu..kalau sedap takpe..hampeh..anak aku siap cakap lagik..kenapa ibu beli kek ni..tak sedap..abang takmola....kek oh kek adventures sungguh nak balik ko..




RESEPI KEK SARAWAK..

Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

  • BAHAN A (dalam kek)
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram tepung hong kong
  • 1 sudu makan ovelet
  • BAHAN B (dalam kek)
  • 200 gram mentega/butter
  • 3 sudu makan susu pekat
  • BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
  • 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
  • 190 gram tepung hong kong
  • 150 gram gula kastor
  • 1 sudu makan ovelet
  • 250 gram butter/mentega (cairkan)
  • 50 ml susu cair

Cara-cara

  1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
  2. Pukul Bahan B hingga sebati.
  3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
  5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
  6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
  7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
  8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
  10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
  11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci

Sunday, 8 May 2011

EMAS OH EMAS KENAPALA KAU MAHAL..

Semalam semasa bawak anak-anak jalan di Kuantan sempatla jugak aku menyinggah di kedai emas untuk beli rantai pada anak dara tercinta aku. Budget tak banyak mana pun dalam 2 ribu jer. Aku tanyalah tauke kedai tu emas sekarang ni harga berapa. Dia cakap harga 1 gram RM 150. Mak aih terkejut aku,..baru 2 minggu lepas aku tanya Baru RM 138..cepatnyela naik harga..pilih punya pilih adala 1 rantai tu yang comel untuk anak dara aku, berat dalam 12 gram. Total harga RM 2100..tawar punya tawar dapatla RM 2000..hmmm puas hati dapat beli sesuatu untuk anak tersayang..bagi aku pelaburan emas ni sesuatu yang menguntungkan becoz harga emas ni memang sentiasa naik. So kalau beli tu memang tak rugi..becoz apa yang kita beli sekarang ni harga akan berlipat kali ganda untuk setahun dua akan datang...untuk anak dara aku tu walaupun pemberian dari aku tak seberapa at least ada jugak sesuatu untuk dirinya..insyaalah kalau murah rezeki aku nak beli gelang atau rantai besar untuk ibu tersayang dan untuk anak dara aku tu..tapi tak tahulah bile..insyaalah..mudah-mudahan Allah murahkan rezeki..Amin.

 

HARI IBU DAN CERITA BERHUJUNG MINGGU

Semalam kita menyambut hari ibu..rasanya bangga sungguh dapat title ibu..bukan mudah untuk dapat title ibu..becoz hanya seorang perempuan yang mampu menggadaikan nyawa demi untuk melahirkan seorang anak sahaja selayaknya dianugerahkan title ibu..dulu masa kecik aku tak paham kenapala ibu suka sangat membebal..larang itu larang ini..tapi sekarang ni bila aku sendiri dah bergelar ibu semuanya tu aku faham dan mengerti..thanks ibu tercinta HAPSSAH BINTI ISMIAL..love u so much...kalau tidak kerana bebelan ibu tercinta tidak mungkin aku jadi seperti sekarang...kalau nak dirungkai satu persatu pengorbanan seorang ibu rasanya tak terucap dengan kata-kata dan tak tertulis dek pena..besarnya pengorbananmu duhai ibu..

BUATMU IBU



Wednesday, 4 May 2011

PERKESO OH PERKESO

semalam semasa aku tengah sibuk membeli belah aku terima satu panggilan dari pihak perkeso. Nama pegawai perkeso tu Puan Siti. Terkejut la jugak aku becoz tak expect la pulak dapat panggilan dari perkeso. Puan siti tu cakap yang permohonan tuntutan perkeso untuk arwah suami tengah dalam proses dan dia minta kerjasama aku untuk di soal siasat oleh pihak Perkeso. So aku cakap ok jer..takde masalah. So Puan Siti tu cakap kalau tak ada masalah dalam minggu depan dia akan datang rumah aku untuk lawatan dan buat siasatan sikit. So aku cakap je la takde hal..boleh datang jer..hmmm..dalam hati aku oh diaorang datang buat siasatan datang rumah jugak ke..leceh jugak ek nak buat tuntutan ni..tapi oklah at least perkembangan tuntutan perkeso tu dalam progrees..alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku. Tak silap aku untuk kes macam arwah suami aku ni dia akan bagi elaun penakat..elaun penakat ni akan di bagi pada waris si mati sehingga 90 % dari gaji akhir si mati. Untuk balu atau bekas isteri dia akan bagi sehingga akhir hayat manakala untuk anak-anak dia akan bagi sehingga umur 21 tahun. Entahla aku pun tak sure sangat, tu pun aku surf internet jer..Ape-pun pun penantian kedatangan Puan Siti penuh debaran..suspen sungguh tak tahula apa dia nak tanya nanti..Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Perkeso ni jom tengok video di bawah

PERKESO BERSAMA ANDA








Tuesday, 3 May 2011

OSAMA YANG KASIHAN

dah lama rasanya tak buat entri untuk blog, semalam ada jugak taip untuk buat entri dalam blog. tapi terdelete la pulak memang geram giler. yelah taip punyala dah banyak. Alih alih terdelete pulak..ish rasa nak marah jer tapi tu lah tak tahu nak marah kat sape..marah kat diri sendiri jer..he he..cerdik tul..hari ni rasanya nak bercerita sikit tentang berita yang tengah hangat sekarang ni tentang Osama Laden..kesian si Osama tu nyorok punyak nyorok last2 mati jugak. hmm nak buat macam mana dah memang tu jalan yang dia pilih. Tapi bagi akula..kematian Osama tu patut dijadikan pengajaran dan teladan bagi keseluruhan umat Islam khususnya. Keganasan bukanlah cara yang terbaik untuk kita menegakkan kebenaran....dan memang sudah banyak bukti sebelum ni keganasan memang tidak akan membawa apa-apa keuntungan tapi hanya kerugian dan kecelakaan sahaja yang ada...lebih2 lagi banyak mangsa yang tak bersalah pun turut menjadi mangsa..hmmm..apa2pun sebagai insan yang kerdil dan lemah macam aku ni ..rasanya tak banyak bende yang mampu aku buat untuk menghentikan keganasan cuma doa sahaja yang mampu aku panjatkan kepada Allah SWT semoga semua umat islam dilindungi olehNYA..SAY NO TO WAR..PEACE..

PENGUMUMAN KEMATIAN OSAMA OLEH OBAMA DAN REAKSI RAKYAT AMERIKA YANG OVER EXCITED




Followers

About Me