Sunday, 8 May 2011

EMAS OH EMAS KENAPALA KAU MAHAL..

Semalam semasa bawak anak-anak jalan di Kuantan sempatla jugak aku menyinggah di kedai emas untuk beli rantai pada anak dara tercinta aku. Budget tak banyak mana pun dalam 2 ribu jer. Aku tanyalah tauke kedai tu emas sekarang ni harga berapa. Dia cakap harga 1 gram RM 150. Mak aih terkejut aku,..baru 2 minggu lepas aku tanya Baru RM 138..cepatnyela naik harga..pilih punya pilih adala 1 rantai tu yang comel untuk anak dara aku, berat dalam 12 gram. Total harga RM 2100..tawar punya tawar dapatla RM 2000..hmmm puas hati dapat beli sesuatu untuk anak tersayang..bagi aku pelaburan emas ni sesuatu yang menguntungkan becoz harga emas ni memang sentiasa naik. So kalau beli tu memang tak rugi..becoz apa yang kita beli sekarang ni harga akan berlipat kali ganda untuk setahun dua akan datang...untuk anak dara aku tu walaupun pemberian dari aku tak seberapa at least ada jugak sesuatu untuk dirinya..insyaalah kalau murah rezeki aku nak beli gelang atau rantai besar untuk ibu tersayang dan untuk anak dara aku tu..tapi tak tahulah bile..insyaalah..mudah-mudahan Allah murahkan rezeki..Amin.

 

HARI IBU DAN CERITA BERHUJUNG MINGGU

Semalam kita menyambut hari ibu..rasanya bangga sungguh dapat title ibu..bukan mudah untuk dapat title ibu..becoz hanya seorang perempuan yang mampu menggadaikan nyawa demi untuk melahirkan seorang anak sahaja selayaknya dianugerahkan title ibu..dulu masa kecik aku tak paham kenapala ibu suka sangat membebal..larang itu larang ini..tapi sekarang ni bila aku sendiri dah bergelar ibu semuanya tu aku faham dan mengerti..thanks ibu tercinta HAPSSAH BINTI ISMIAL..love u so much...kalau tidak kerana bebelan ibu tercinta tidak mungkin aku jadi seperti sekarang...kalau nak dirungkai satu persatu pengorbanan seorang ibu rasanya tak terucap dengan kata-kata dan tak tertulis dek pena..besarnya pengorbananmu duhai ibu..

BUATMU IBU



Wednesday, 4 May 2011

PERKESO OH PERKESO

semalam semasa aku tengah sibuk membeli belah aku terima satu panggilan dari pihak perkeso. Nama pegawai perkeso tu Puan Siti. Terkejut la jugak aku becoz tak expect la pulak dapat panggilan dari perkeso. Puan siti tu cakap yang permohonan tuntutan perkeso untuk arwah suami tengah dalam proses dan dia minta kerjasama aku untuk di soal siasat oleh pihak Perkeso. So aku cakap ok jer..takde masalah. So Puan Siti tu cakap kalau tak ada masalah dalam minggu depan dia akan datang rumah aku untuk lawatan dan buat siasatan sikit. So aku cakap je la takde hal..boleh datang jer..hmmm..dalam hati aku oh diaorang datang buat siasatan datang rumah jugak ke..leceh jugak ek nak buat tuntutan ni..tapi oklah at least perkembangan tuntutan perkeso tu dalam progrees..alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku. Tak silap aku untuk kes macam arwah suami aku ni dia akan bagi elaun penakat..elaun penakat ni akan di bagi pada waris si mati sehingga 90 % dari gaji akhir si mati. Untuk balu atau bekas isteri dia akan bagi sehingga akhir hayat manakala untuk anak-anak dia akan bagi sehingga umur 21 tahun. Entahla aku pun tak sure sangat, tu pun aku surf internet jer..Ape-pun pun penantian kedatangan Puan Siti penuh debaran..suspen sungguh tak tahula apa dia nak tanya nanti..Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Perkeso ni jom tengok video di bawah

PERKESO BERSAMA ANDA








Tuesday, 3 May 2011

OSAMA YANG KASIHAN

dah lama rasanya tak buat entri untuk blog, semalam ada jugak taip untuk buat entri dalam blog. tapi terdelete la pulak memang geram giler. yelah taip punyala dah banyak. Alih alih terdelete pulak..ish rasa nak marah jer tapi tu lah tak tahu nak marah kat sape..marah kat diri sendiri jer..he he..cerdik tul..hari ni rasanya nak bercerita sikit tentang berita yang tengah hangat sekarang ni tentang Osama Laden..kesian si Osama tu nyorok punyak nyorok last2 mati jugak. hmm nak buat macam mana dah memang tu jalan yang dia pilih. Tapi bagi akula..kematian Osama tu patut dijadikan pengajaran dan teladan bagi keseluruhan umat Islam khususnya. Keganasan bukanlah cara yang terbaik untuk kita menegakkan kebenaran....dan memang sudah banyak bukti sebelum ni keganasan memang tidak akan membawa apa-apa keuntungan tapi hanya kerugian dan kecelakaan sahaja yang ada...lebih2 lagi banyak mangsa yang tak bersalah pun turut menjadi mangsa..hmmm..apa2pun sebagai insan yang kerdil dan lemah macam aku ni ..rasanya tak banyak bende yang mampu aku buat untuk menghentikan keganasan cuma doa sahaja yang mampu aku panjatkan kepada Allah SWT semoga semua umat islam dilindungi olehNYA..SAY NO TO WAR..PEACE..

PENGUMUMAN KEMATIAN OSAMA OLEH OBAMA DAN REAKSI RAKYAT AMERIKA YANG OVER EXCITED




Friday, 29 April 2011

FIRST SALE...

baru-baru ni aku ada beli satu baju online. Baju tu murah jer tapi agak berjenama. Baju yang aku beli tu baju reject dari kilang...ala2 reject shop la lebih kurang. Tapi baju tu condition still good..memang cantik..tapi masalahnya baju tu agak kurang sesuai dengan aku becoz agak ketat sikit..kalau remaja2 tu kira okla jugak nak pakai..tapi orang macam aku ni..usih seganla pulak. baju tu aku beli murah jer...harga RM 10 jer..so aku pun jualkan semula baju tu secara online..aku letak harga RM 30..tapi memang tak sangka ada jugak orang berminat dengan baju tu dan sanggup bayar dengan harga yang  aku letak tu....aku happy sesangat becoz boleh jual baju tu dengan harga 2 kali ganda...wah memang untung gile2....modal yang aku dapat tu aku beli lagi dengan 2 helai baju bundle yang berjenama...aku baru je advertise tadi...tak sampai satu hari baju tu dah terjual..wah..keseronokan aku berganda-ganda..he he..dalam hati kecik aku ni sebenarnya memang dah lama pasang impian untuk buat satu blog untuk jual baju-baju lama aku  secara online..tapi tu la..malas betul nak buat..asyik tangguhkan je..alahai..

JOM BELAJAR BUAT BLOG

Thursday, 28 April 2011

CERITA SEORANG PAKCIK

hari ni boring pulak kat tempat keje, tak ramai sangat orang datang..biasanya kalau time pagi2 memang tak ramai tapi lepas pukul 2 karang ramai bebudak yang datang. Entah kenapa tetiba aku teringat cerita tentang seorang  seoarang pakcik yang aku jumpa dua tiga hari lepas..ceritanya macam ni..suatu pagi tu masa aku nak nak letak anak aku dalam kereta, aku ternampakla seorang pakcik tua yang bertongkat dan agak bongkok tengah berjalan seorang diri. Jarak pakcik tu dengan aku takla jauh sangat lebih kurang dalam 5 kaki je. Pakcik tu agak tua dan dan dari segi keadaan dia tu aku rasa dia berjalan agak jauh becoz berpeluh-peluh pakcik tu aku tengok..lenjun... Aku nak tegur tak berani becoz keadaan pakcik tu agak 'menakutkan' aku. Tapi dalam hati aku memang kesian. Kebetulan pulak masa tu ayah aku ada. So ayah aku pun tegurla pakcik tu, ayah aku tanya pakcik nak pergi mana. So pakcik tu cakap dia nak balik rumah dia. Ayah aku tanya lagi umah dia kat mana. Dia cakap umah dia dekat Chini Timur 1. Ayah aku tanya lagi pakcik ni dari mana. Pakcik tu cakap pulak dia dari simpang Pak Man Nako. Jarak simpang Pak Man Nako dengan umah aku lebih kurang 1 km. So dalam hati aku..oh pakcik ni dah 1 km dah berjalan..takde orang amik dia ke. Ayah aku pun suruhla pakcik tu tumpang kereta aku becoz aku nak g kerja memang lalu dekat kawasan rumah dia tu. Jarak rumah aku dengan kawasan rumah dia tu lebih kurang 2 hingga 3 km la jugak. Walaupun dalam hati aku gak takut nak tumpngkan pakcik tu tapi..bila tengok keadaan dia tu memang kesian2 sangat. Aku takut nak tumpangkan pakcik tu bukan bimbang sebab dia jahat..tapi keadaan pakcik tu agak tak terurus sikit..tu yang menyebabkan aku tu cuak sikit..tapi disebabkan ayah aku pun kenal pakcik tu so aku pun pelawa la pakcik tu naik kereta aku....dalam kereta aku pun borak2 la sikit dengan pakcik tu. Aku tanya dia. pakcik ni dari mana. Dia cakap dia dari Kuantan..tapi teksi yang dia naik tak nak masuk Chini Timur..tuan teksi tu dropkan dia dekat simpang Pak Man Nako Jer..aku tanya lagi kenapa pakcik tak suruh jer tuan teksi tu hantar sampai kat umah jer. Dia cakap dah suruh..tapi orang teksi tu tak nak hantarkan...lepas tu dia cakap lagi..takpela nak pakcik ada kaki lagi..pakcik boleh jalan..tongkat pakcik ni pun ada..tak ada ape pun..dalam hati aku alahai pakcik ni kesian sungguh...dan dalam hati aku pun memang rasa marah sangat pada tuan teksi yang tak berhati perut tu. Takkanla tak boleh tengok keadaan pakcik tu macam mana..dahla tua..bertongkat dan bongkok pulak tu..ish apa punya manusiala orang macam tu. Kalau aku kenal la pakcik teksi tu memang aku boikot teksi dia..suruh semua orang jangan naik teksi orang bongok macam tua..ish memang geram..borak punya borak dengan pakcik tu aku dah terlepas simpang nak ke rumah dia..aku pun nak undurkan semula kereta aku..tapi pakcik tu tak bagi..dia kata takpela turunkan dia kat situ je sebab umah dia dekat dah....tak jauh mana..so aku pun dropkan je pakcik tu kat situ..dia pun ucap terima kasih pada aku..dan terus berjalan ke rumah dia...dalam hati aku tertanya-tanya pakcik ni takde anak ke...sebab aku memang selalu jugak nampak pakcik berjalan-jalan kat chini timur..tapi aku tak pernah nampak pun dia dengan sesiapa..biasanya memang dia berjalan seorang diri..kesian..yang temankan dia tongkat dia tu jela...kesian si pakcik..walau ape2pun hari tu aku dah tolong seorang pakcik tua yang sangat2 memerlukan pertolongan ..maybe hari ni aku tolong dia ..mungkin suatu hari nanti siapa tahu aku pulak perlukan bantuan dia..betul x..dunia ni kecik jer..



Tuesday, 26 April 2011

ANAK-ANAK TERSAYANG

anak-anak aku ni pelik betul. sejak ayah dia pergi ni rasanya dah 3 kali demam dalam masa tak sampai sebulan..Pening kepala aku ngan bebudak ni. Time balik keje mesti merengek je sepanjang masa..suruh dukung. Bukan kena dukung sorang tapi dua-dua nak dukung. Ibunye manela larat...tapi demi anak-anak tercinta dukung jugakla si ibu ni ..sampai senget-senget bahu ni dukung bebudak tu..kesian anak2 ibu.  Mak aku cakap maybe bebudak tu demam rindukan ayah dia. Entahla, mungkin  betul jugak. Terutamanya adik, dia memang rapat ngan arwah ..ye la mungkin dia rindu tapi tak tahu nak cakap macam mane...dulu masa arwah ada time hujung minggu bolehla jugak bawak anak-anak pergi jalan-jalan. Sekarang ni pulak anak-anak banyak duduk rumah je...kesian..takpela maybe suatu hari nanti bila bebudak tu besar dia akan faham semuanya..apepun i will do all the best for mi kids..InsyaAllah..

GAMBAR ADIK MASA KECIK

NI PULAK TIME DAH BESO SETAHUN LEBIH JER

GAMBAR ABANG BILE DAH BESO



GAMBAR ABANG MASA KECIL


Followers

About Me